Tuesday 14 May 2013

SEMUANYA KERANA MU IBU

Salam semua!

Beberapa hari lepas saya percaya ramai yang menyambut HARI IBU.
Macam2 cara kita sambut sebagai tanda menghargai penat lelah ibu kita selama ini.

Saya amat berterima kasih dengan ibu saya puan HAJAH BADARIAH BINTI HAJI ISMAIL. Beliau sentiasa no. satu dalam hidup saya walau apa pun jadi. Dengan doa dialah menjadikan siapa saya sekarang. I love u MAMA.

Sejak memegang title ibu 11 tahun lepas, saya sudah melalui macam-macam dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak2. Macam mana ibu saya sendiri membesarkan saya, sedikit sebanyak ter'jangkit' kat saya juga. Walaupun nampak tegas tapi kami dikelilingi dengan kasih sayang. Ya, itu sangat penting pada saya KASIH SAYANG.

Itu yang saya rasai sekarang bila anak2 mula membesar, saya menerima kad ucapan sempena hari ibu. 3 anak of course lah 3 kad kan. Tapi saya memang sungguh terharu atas usaha mereka membuat kad sendiri. Mereka adalah anugerah terindah saya dan suami.

Jom tengok kad yang mereka bagi.
 
Dari atas dari Nabil, sebelah kanan kad dari Nabiha dan yang bawah dari Naqiba


 NAk tahu apa yang diorang tulis..meh tengok.


Touching kan, pada saya ayat yang akhir sekali menunjukkan yang mereka amat2 memahami saya.
PB? BV? Kelakar pun ada..hehehe


Dua hari sebelum hari ibu, saya punya 'mak' dalam bisnes iaitu ADIBAH KARIMAH telah menjadi cover page untuk surat khabar Utusan Malaysia.

Bangga sungguh dengan pencapaian dia. Macam mak ngan anak (walaupun saya lagi berumur dari dia) sentiasa memberi nasihat, sentiasa membantu dan tempat untuk merujuk tanpa kenal erti penat.

Saya akan follow mak rapat2 bior cepat DAPAT :)



 


Dan yang paling 'hot' in GLAM tentunya mommy HANIS HAIZI

Latest interview kat Capital TV. Diundang untuk berkongsi pengalaman berbisnes dengan Premium Beautiful.



Saya doakan kepada semua WANITA yang bergelar ibu mahupun yang bakal bergelar ibu, moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan di dunia yang semakin mencabar nih.

Jangan takut keluar dari 'zon selesa' anda sekarang.
Bagi peluang pada diri untuk mencuba mencapai apa yang anda hajati.

Kalau berminat untuk berbisnes, menambah pendapatan dengan cara GLAMprenuer.
Jangan malu, set appointment dengan saya 019-318 4662.










Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home