Saturday 8 June 2013

short break to ZOO SINGAPORE


Last weekend saya bawak anak2 pergi ZOO SINGAPORE sempena cuti sekolah.

Tapi malang tidak berbau ada insiden yang diluar kawalan, NABIL terseliuh pengelangan tangan nya ketika cuba duduk di barisan tempat duduk masa kami asyik melihat POLAR BEAR beraksi gedikss.

Mula2 rasa macam sakit biasa, lama kelamaan saya nampak jari manis nya lebam dan biru.

Risau dengan keadaan NABIL, balik dari zoo saya straight pergi hospital untuk buat x-ray bagi pastikan keadaan tulang nya. Tuhan saja yang tau hati dan perasan kami masa tuh. Dalam otak nih tak de benda lain selain dari jauhkan lah dari patah.

Lepas dah x-ray ALHAMDULILLAH, dengan izin NYA. Tak de kecedaran yang teruk. Hanya
tisu dalam bengkak.

Jom tengok short break kami di ZOO SINGAPORE. 

Kalau nak booking tiket online boleh click kat sini

* Moral of the story : Jangan syok sangat tengok binatang beraksi gedikss anak ditepi tidak dihiraukan..hehehe



Tiket siap!


Mana nak start dulu nih??

Apa2 hal gambar dulu...7 orang cucu En. Ahmad & Puan Badariah ada 1 jek tinggal tak ikut



Mula2 tengok show dulu.

Sempat lagi diaorang begambar dengan ular


   Bila tengok kanggaroo, dah rasa macam sampai Australia la pulak bukan Singapore...hahaha

            
   Lepas dah penat jalan, kitaorang naik tram



Jom tengok polar bear


Ini lah tempat kejadian Nabil terkehel tangan ngan jari tuh

HAH..nih la polar bear yang gedikss tuh..hehehe



Muka NAQIBA dah start menunjukkan keletihan


Nampak tak NABIL dah mula sakit jari 


Ingatkan lepas pergi zoo, nak singgah mana2 lagi. Tapi keadaan tak mengizinkan. 


So, mari kita balik....


Korang semua mesti ada pergi bercuti kan gak? Ini lah masa yang paling seronok sebenarnya bila kita dapat spend time dengan orang2 yang kita sayang.

Tiada benda yang boleh di jadikan ganti dengan masa yang bernilai bersama keluarga.

See u next entry :)




Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home