Wednesday 5 June 2013

KANSER PAYUDARA : pembunuh utama WANITA

Ambil iktibar dari kisah pelakon Angelina Jolie menjalani pembedahan membuang payudara nya untuk mengelakkan risiko hadapi kanser payudara

angelina-jolie0021

Pelakon terkenal, Angelina Jolie telah mendedahkan dia telah menjalani proses pencegahan (double mastectomy) selepas ujian menunjukkan dia mempunyai peluang 87% menghidap kanser payudara. Pelakon itu membuat keputusan untuk menjalani prosedur selepas mengetahui bahawa dia adalah pembawa gen BRCA1 kanser. Ibu kepada pelakon yang berusia 37 tahun itu, Marcheline Bertrand meninggal dunia pada usia 56 akibat kanser ovari, lalu Angelina mendedahkan dia juga mempunyai 50% peluang menghidapinya.

“Doktor saya menganggarkan bahawa saya mempunyai risiko 87% daripada kanser payudara dan risiko 50% daripada kanser ovari, walaubagaimanapun risiko untuk setiap wanita berlainan, hanya sebahagian kecil daripada kanser payudara hasil daripada mutasi gen yang diwarisi. Mereka yang mempunyai kecacatan dalam BRCA1 mempunyai risiko 65% untuk mendapatkan ia, secara purata.

Apa Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.


Bagaimana kita boleh membantu mengesan dan mencegah dari penyakit kanser dengan pemakaian Premium Beautiful?

Umum ketahui Premium Beautiful corset mempunyai Far Infrared Rays (F.I.R)

Berdasarkan kajian terkini, sel kanser dapat dilemahkan, dimatikan dan dicegah dari membiak dan tersebar menjadi tumor kanser malalui kaedah “thermal theraphy” atau kaedah mamanaskan (haba) iaitu meningkatkan suhu badan kepada 42 darjah celcius, dan ini terkandung dalam FIR yang mempunyai sumber haba.

FIR yang terdapat dalam Premium Beautiful corset dapat menembusi tubuh badan manusia bertindak melemahkan, membunuh dan mencegah sel kanser dari membiak dan merebak.

Kebanyakan wanita yang menghidapi masalah ini tidak menyedarinya diperingkat awal dan hanya sedar setelah ianya berada diperingkat kritikal.

Premium Beautiful terbukti boleh membantu mengesan dan mencegah daripada berlaku pertumbuhan dari peringkat awal lagi. Anda akan terasa sakit pada payudara pada hanya tempoh yang singkat pemakaian Premium Beautiful, sekiranya anda menghidapi barah payudara walaupun pada peringkat awal. Dan ini menandakan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Hubungi saya untuk dapatkan set PREMIUM BEAUTIFUL corset anda sendiri

RADEN INA
019 318 4662
raden_nazarinna@hotmail.com

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home