Saturday 13 April 2013

PANDELELA RINONG IN THE MAKING..ouchhh




Minat Naqiba dalam sukan renang terserlah sejak dia dari kecil. Daddy turutkan minat dia dengan menghantar ke kelas renang setiap hari Ahad. Setelah sebulan hasilnya anda boleh tonton dalam video diatas. Walaupun nampak biasa, tapi sebagai Ibu saya amat berbangga kerana saya pun tak pandai berenang...hahahaha

Mari layan video Naqiba...


Full PINKY set permintaan bakal si perenang


Naqiba = Pandelela Rinong in the making.....oucchhh


Selamat beriadah!

Saturday 6 April 2013

ILMU : hanya yang pantas akan menang

Salam semua,

Pada 31 Mac yang lalu, saya dan seorang rakan berpeluang mengikuti program dari pakar motivasi Dr. Azizan Osman (DAO) di Shah Alam Convention Centre. Sebelum ini, rata-rata kawan-kawan yang saya kenal telah menghadirkan diri memberi respon yang positif malah ada yang sudah berjaya dan kaya sekarang. Tidak kira kaya dan berjaya untuk dunia malah juga akhirat. Ilmu yang diberikan menrangkumi semua aspek yang boleh diguna pakai untuk dunia perniagaan juga kehidupan manusia.

Kebetulan seminar hari itu tajuknya 'BERANI BERNIAGA', saya pun apalagi la kan. Memang pucuk dicita ulam mendatanglah. Memang ILMU sangat penting dalam memulakan perniagaan. Untuk orang yang baru bermula seperti saya, selagi mampu saya akan mendapatkan ilmu. Lagi pula seminar ini dianjurkan PERCUMA. Terima kasih tidak terhingga pada mereka yang
mencipta idea ini untuk membantu kalangan bumiputera seperti saya dan lebih baik lagi bila mereka mahu melihat anak melayu islam berjaya dalam kelasnya tersendiri.

Seminar bermula jam 8.30 pagi dan tamat pukul 6.00 petang. Tidak sangka masa berlalu begitu pantas kerana segala tips yang diberikan semuanya adalah ilmu hingga ada yang saya tidak sempat dicatatkan di buku nota. Langsung tidak ada perasan mengantuk malah lebih bersemangat dan ternanti-nanti apa yang bakal keluar dari mulut DAO. Sungguh menakjubkan..hahaha

Sedikit tips boleh saya kongsikan dan sedang saya gunakan adalah :-

1. Sistem M.E.S.T.I
2. Sistem P.O.W.E.R
3. Bermula dimana kita BOLEH bermula
4. 5 kepercayaan KARUT perniagaan
5. 7 industri yang MUDAH untuk berniaga
6. Bagaimana cara mudah menjalankan perniagaan secara 'ONLINE'

Bila anda berpeluang mengikuti seminar seperti ini, jangan fikir-fikir lagi.
Link website nya ialah http://beraniberniaga.com/

Rebutlah ILMU yang ada, sebab dengan ilmu sajalah kita dapat dilihat berbeza dari orang lain yang biasa. Kita akan lebih terbuka minda untuk menjadi orang yang LUAR BIASA.

Keluar dari kelompok 'zon selasa' yang kita jalani sekarang dan mencabar diri menjadi orang yang KAYA dan BERJAYA. Insya'allah semua nya dengan izin NYA jika kita buat dengan USAHA tanpa henti. 
 
Dewan penuh dengan mereka-mereka yang ingin mendapat ILMU


Gelang dipakai tanda kami adalah peserta program



Buku LIMA PULUH IDEA PEMASARAN diberikan PERCUMA untuk orang yang mendaftar awal


Moga saya diberikan hati yang cekal dan tabah dalam menjalankan perniagaan yang sedang saya ceburi. Alhamdulillah, saya mampunyai leader dan mentor yang sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar tanpa mengenal erti penat. Ilmu yang dicurahkan juga tidak mengharapkan balasan.

Jom set temujanji dengan saya untuk berkongsi perniagaan yang saya jalankan.


RADEN INA
MOBILE : 019 318 4662

FACEBOOK   : RADEN NAZARINNA AHMAD
INSTAGRAM : @radenina
BLOG  : www.radenina.blogspot.com
EMIAL : raden_nazarinna@hotmail.com


Nota : Dengan TIPS nya, saya sudah menambah 2 orang bisnes partner
dalam hanya seminggu. Anda disana tunggu apa lagi, kenali potensi diri. 

Labels: , ,