CARA PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL YANG BETUL
LONG BRA
- 1 - Sarungkan bra ke badan & kemaskan (masukkan) payu dara ke dalam cawan bra.
- 2 - Pasangkan cangkuk di bahagian belakang.
- 3 - Bongkokkan badan. Tarik semua lebihan lemak dibawah ketiak & dibawah lengan dan bawa ke hadapan, masukkan ke dalam cawan bra.
- 4 - Laraskan tali bra & kemaskan bra 'cup' supaya dapat kedudukan yang selesa.
- 5 - Betulkan kedudukan bra di tahap keselesaan anda.
WAIST NIPPER (BENGKUNG)
- 1- Kedudukan bengkung, pastikan 'batu permata' berada betul-betul ditengah badan. Pasang kesemua cangkuk (position cangkuk memang di tepi badan)
- 2 - Betulkan kedudukannya
- 3 - Pegang tali
- 4 - Silangkan tali di belakang, tahan nafas & tarik tali (membawa kesan pinggang meramping) dan bawa cangkuk kehadapan.
- 5 - Cangkukkan ikut keselesaan. Pastikan ianya selesa. Untuk kesan yang lebih elok, anda digalakkan memakai selama 8 jam. Anda akan mendapat kesan yang menakjubkan. Percayalah....saya dah rasa, anda bila lagi.
LONG GIRDLE
- 1 - Lipatkan bahagian pinggang dan kaki girdle.
2 - Sarungkan ke badan seperti memakai 'seluar dalam'.
3 - Masukkan tangan di bahagian punggung, paha depan & belakang dan tarik lebihan lemak ke atas.
4 - Perbetulkan kedudukannya agar selesa.
Tips :
- Anda perlu berjalan beberapa langkah bagi memastikan kedudukan GIRDLE betul dan selesa. Jika anda terasa pedih & perit, bermakna Girdle bukan berada di kedudukkan yang betul, jadi anda perlu tarik tetulang di bawah punggung bagi memastikan anda selesa dan nampak kemas sepanjang hari.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home